facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kisah Matahari Ditahan Supaya Tidak Terbenam

Kisah matahari ditahan supaya tidak terbenam ini telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa, pada suatu masa dulu ada seorang nabi daripada kalangan nabi-nabi Allah yang ingin pergi berperang. Maka nabi tersebut pun berkata kepada umatnya :



"Seorang lelaki yang telah bersetubuh dengan isterinya dan dia mengharapkan anak namun masih belum mendapatkannya, maka dia tidak boleh ikut serta dalam peperangan ini, begitu juga orang yang telah membina rumah namun belum sempat untuk menyiapkan atapnya, maka dia juga tidak boleh ikut bersamaku. Orang yang telah membeli kambing ataupun unta yang bunting yang sedang menunggu kelahirannya, maka dia juga tidak boleh mengikutiku untuk berperang,"

Maka, berangkatlah nabi tersebut untuk pergi berjihad. Apabila waktu Asar sudah hampir tiba, rombongan perang nabi tersebut sudah sampai di daerah yang di tujui mereka. Maka, nabi tersebut telah memerintahkan kepada matahari untuk berhenti seketika supaya mereka sempat untuk menakluki daerah tersebut. Maka nabi tersebut pun berkata :



"Wahai matahari, engkau tunduk kepada perintah Allah dan aku juga demikian. Ya Allah, tahanlah matahari itu untuk seketika supaya tidak terbenam,"


Kisah Matahari Ditahan Supaya Tidak Terbenam

Lalu, Allah pun memakbulkan permintaan nabi tersebut dengan menahan matahari itu buat seketika, sehinggalah pasukan perang nabi tersebut berjaya menakluki kawasan itu. Setelah selesai bertempur, bala tentera nabi itu mengumpulkan harta rampasan perang di suatu tempat. Kemudiannya, mereka membakar harta rampasan perang itu dengan api yang marak sekali.


Namun, api yang marak itu masih tidak mampu untuk membakar harta-harta tersebut. Maka, nabi itu pun berkata kepada bala tenteranya :



"Di antara kalian semua, ada yang berkhianat yang masih menyimpan harta daripada rampasan itu. Aku berharap, daripada setiap kabilah mesti mengangkat sumpah."


Maka, mereka pun bersumpah, namun apabila sampai kepada giliran dua ataupun tiga orang daripada anggota kabilah tersebut, tangan Nabi itu dipegang erat oleh mereka. Lalu nabi itu bertanyakan kepada mereka, apakah mereka sudah berkhianat. Lalu, mereka pun mengakuinya dan telah mengeluarkan emas yang sebesar kepala lembu.


Emas itu pun dikumpulkan bersama harta-harta rampasan yang lain di sebuah tanah yang lapang untuk membakarnya. Tiba-tiba, datanglah suatu api yang marak datang menyambar harta tersebut, dan terus melanyapkannya.


Harta rampasan perang memang tidak pernah di halalkan untuk umat sebelum kita. Namun ia kemudiannya di halalkan untuk kita semua kerana, Allah melihat kelemahan dan ketdakmampuan kita terhadap harta.

0 Response to "Kisah Matahari Ditahan Supaya Tidak Terbenam"

Post a Comment

loading...