facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kisah Kematian Para Malaikat Allah


Apakah para malaikat juga akan mati sebagaimana matinya manusia dan juga jin? Jawapannya adalah ya, malaikat juga akan mati sepertimana matinya manusia dan juga jin. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat ke 68 yang bermaksud :



"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa saja yang ada dilangit dah dibumi kecuali siapa-siapa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian, ditiup sangkakala itu skali lagi, tiba-tiba mereka berdiri menunggu keputusan masing-masing."
(Az-Zumar: 68)

Ibn Katsir berkata, pada ayat ini Allah s.w.t. menerangkan kebenaran tentang kebesaran dan kedahsyatan pada hari kiamat nanti, serta apa-apa yang terjadi itu adalah tanda yang besar dari goncangan-goncangan yang dahsyat. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman :



"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa saja yang ada di langit dan dibumi kecuali siapa-siapa yang dikehendaki oleh Allah,"



Tiupan ini adalah tiupan yang kedua dikenali dengan nama Tiupan Kematian, yang mana dengannya, matilah semua makhluk hidup yang ada dilangit dan dibumi kecuali siapa-siapa yang dikehendaki oleh Allah sahaja. Kemudian itu, dicabutlah nyawa-nyawa kesemua makhluk dan yang terakhir mati dari mereka adalah malaikat maut.




Kisah Kematian Para Malaikat Allah

Maka setelah itu, hanyalah Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri yang kekal selamanya. Dialah Yang awal dan Yang terakhir serta kekal selama-lamanya, lalu Allah pun berfirman :



"Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" sebanyak tiga kali, kemudian Zat (Allah) menjawab kepada Zat : Hanyalah kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan",
(Al-Mu'min: 40)




Para Malaikat Allah Dihidupkan Kembali


Akulah yang tunggal sejak dahulu, dan Akulah yang telah mengalahkan segala sesuatu, dan memutuskan hukum fana terhadap segala sesuatu." Kemudiannya, Allah s.w.t. menghidupkan malaikat Israfil dan memerintahkannya untuk meniup sangkakala sekali lagi, dan itulah tiupan yang ketiga disebut dengan Tiupan Kebangkitan seperti firman Allah :



"Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, tiba-tiba mereka berdiri menunggu keputusan masing-masing."


Manusia akan menjadi hidup semula setelah dulunya menjadi tulang-belulang yang remuk, dan akan melihat kepada kedahsyatan hari kiamat itu. Begitulah sedikit perkongsian daripada saya mengenai Kisah Kematian Para Malaikat Allah

0 Response to "Kisah Kematian Para Malaikat Allah"

Post a Comment

loading...