facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

SUBHANALLAH !! :6 Tahun Dikebumikan.. Mayat Di Kedah Ini Masih Elok?? (GAMBAR)


MASYALLAH.. sesungguhnya orang yang beriman itu akan sentiasa dijaga Allah S.W.T meskipun di dalam kubur.

Sejak semalam, beberapa keping gambar memperlihatkan sekujur mayat dijumpai oleh sekumpulan penggali kubur di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah tersebar menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, mayat yang tidak dapat dipastikan gerangan empunya namanya itu telah dikebumikan pada tahun 2009.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, mayat tersebut temui dalam keadaan masih sempurna dan kain kafannya masih elok meskipun sudah enam tahun dikebumikan.
Untitled
12107088_972312082832971_1910814600159819906_n 12115494_972312069499639_89157831440670538_n 12140559_972312079499638_7815367335425235923_n
Walhal, jika difikirkan dengan akal, kebiasaannya mayat kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.

Bercakap kepada Siakap Keli, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(JKKK) Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Encik Khair bin Hassan mengesahkan berkenaan.

Menurut Khair, mayat tersebut dijumpai dua hari lalu oleh beberapa anak muda yang secara kebetulan menggali kubur baru kerana terdapat kematian.

“Ceritanya begini, mayat yang telah dikebumikan pada tahun 2009 tersebut dijumpai oleh anak-anak muda yang menggali kubur berkenaan kira-kira jam 9:00 pagi Isnin lalu kerana ada kematian baru.

“Kerana kejadian ini terjadi, mereka telah menanam semula mayat berkenaan dan mencari lokasi baru bersebelahan lokasi.
“Untuk jumpa bekas mayat lama reput tidak mustahil berlaku kerana tanah perkuburan ini sudah lama dan berlapis-lapis, cuma kali ini Tuhan nak tunjuk dekat kita tanda kebesaranNya,” katanya.

Dalam pada itu, Khair turut memberitahu tidak dapat memastikan nama pemilik mayat tersebut.

Walaubagaimanapun, arwah pastinya merupakan orang yang bertakwa dan beriman sehinggakan mayatnya ditemui tidak busuk dan sempurna. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "SUBHANALLAH !! :6 Tahun Dikebumikan.. Mayat Di Kedah Ini Masih Elok?? (GAMBAR)"

Post a Comment

loading...