facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Suami kusyuk makan. Bini huru hara uruskan anak. Suami boleh maki pula tu bini nyer. Hurm. Memang panas. Seorang makcik tampil bikin si suami hampir menitiskan air mata ! ! Kenapa pula tu ye??

Perkongsian dari Siti Khadijah ini mendapat 8.454 shares di Facebook. Semoga dapat menyedarkan para suami dan bakal suami agar sama-sama menjaga anak-anak. Bukannya berharap pada isteri semata-mata. Anak adalah tanggungjawab bersama.




Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial-kial nak makan. Sudahlah makanan isteri yang belikan dan bawa ke meja. Anak-anak bercerakau di meja, si bapa pula buat dek saja.

Isteri datang terkejar-kejar membawa makanan buat suami dan anak-anak. Selepas itu, berkejar pula membeli air. Suami pula masih buat dek saja. Sudah dibawa air, susun depan mata. Si suami terus makan tetapi si isteri bahagikan makanan untuk anak-anak yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada bayi yang mungkin berusia 7 bulan dalam stroller.

Selesai untuk anak-anak, ibu baru nak makan si kecil pula menangis. Ibu pun ambil dan dukung sambil makan. Si suami pula dah selesai makan, ingatkan nak tolong pegang anak dan tengok-tengokkan anak. Tetapi tidak, si suami ambil phone dan menghadap phone. Isteri pula terkial-kial makan.

15 minit sudah berlalu. Dengar suami pula marah.

"Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," katanya.

Maaf, aku memang tak sabar tengok perkara seperti ini dan maaf kalau kau rasa malu. Tapi apa aku cakap memang betul.

Saya terus bangun dan pergi cakap pada lelaki itu.

"Encik, kalau you nak wife you makan cepat, you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ini. So cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok," kata saya padanya.

Lelaki itu terkejut dan terkebil-kebil seketika. Wajahnya merah namun dia masih buat bodoh dengan teguran tadi.

Inilah saya. Maaf. Niat saya cuma mahu menegur, bukannya membuatkan mereka bergaduh. Saya harap dia faham dengan niat saya.

0 Response to " Suami kusyuk makan. Bini huru hara uruskan anak. Suami boleh maki pula tu bini nyer. Hurm. Memang panas. Seorang makcik tampil bikin si suami hampir menitiskan air mata ! ! Kenapa pula tu ye?? "

Post a Comment

loading...