Jangan risau kerana tiada sedikit racun pun diletakkan di dalam makanan ini. Cuma, setelah anda merasanya, ia pasti meracuni jiwa anda untuk menikmatinya berulang kali.
Di mana nak rasa mee racun ini?
kali ini kami bawakan anda ke Batu Pahat.
Di Batu Pahat ini terdapat 3 lokasi yang menyediakan mee racun iaitu di Medan Selera Jalan Sultanah, Taman Seri Jaya dan di Jalan Timah Sari. Kali ini kami ingin review kedai di Jalan Timah Sari berdekatan dengan bangunan Tabung Haji.
Nama kedai ini ialah Mee Racun 3G. Lokasi kedai ini strategik kerana berhadapan dengan jalan besar. Kedai ini hanya menggunakan pagar besi sebagai dinding kedai. Tak sukar mencari tempat letak kereta kerana kawasan depan kedai banyak lot tempat letak kereta.
Kawasan dalam kedai agak sempit. Hanya beberapa meja sahaja diletakkan di bahagian dalam. Meja banyak disediakan di bahagian luar kedai. Sejurus sahaja kedai ini dibuka, ia terus dipenuhi dengan pelanggan.
Menu paling istimewa kedai ini adalah mee racun ‘gear box’. Kami pun cuba pesan satu menu mee racun istimewa dan satu menu mee racun biasa.
0 Response to " Mee RACUN Batu Pahat "Berbisa" !!!! Ramai pengunjung mengadu "SAKIT" sejak makan disana. Memang teruja admin baca nak tau kesahihan berita ini. Jom ! !"
Post a Comment