facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

"Biar Ayah Nampak Supaya Dia Tau Bertapa Indahnya Islam." — Alwi Bin Abdullah, Seorang Mualaf


Kami menerima satu inbox dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Alwi Bin Abdullah atau nama sebelum Islamnya Chan Kin Wee. Dia menceritakan kepada kami yang dia merupakan seorang Cina Mualaf ataupaun saudara baru yang baru memeluk Islam.

Alwi menceritakan kepada kami kisah hidupnya selepas memeluk Islam. Pelbagai dugaan yang amat besar ditempuhinya termasuk dibuang keluarga sendiri.

Beliau memulakan ceritanya tentang kisah perjalanan yang pahit, manis, bahagia dan semuanya untuk dikongsi kepada pembaca dan beliau berharap sangat kisah ini dibaca oleh kedua orang ibu bapanya dengan berkata "Biar ayah nampak supaya dia tau bertapa indahnya Islam."

"Pada 28 Mei 2011, bukti Allah sayangkan Alwi, dia telah cuba beri hidayah kepada Alwi, kalau ikutkan Alwi sudah tidak ada di dunia apabila Alwi terlibat dalam kemalangan dilanggar oleh lori panjang." beliau memulakan cerita.

"Alwi dirawat di hospital, malam pertama di hospital Alwi bermimpi melihat banyak sangat pelangi dan disebalik pelangi itu ada tulisan jawi yang ketika itu Alwi sendiri tidak faham apa maksudnya dan Alwi pun abaikan saje."


"Malam kedua, seperti biasa akan menahan sakit kerana kemalangan tersebut menyebabkan Alwi tertidur. Semasa tidur Alwi bermimpi perkara yang sama sekali lagi penlagi yang banyak muncul dan ditengah-tengahnya ada tulisan jawi yang memang tidak difahami kemudian Alwi tersedar. Terasa ingin mengetahui apa sebenarnya maksud mimpi dan tulisan itu, tetapi akhirnya Alwi buat tidak tahu dan abaikan."


"Pada malam ketiga, Alwi bercakap dengan diri sendiri, jika malam ni mimpi yang sama saya mesti cari jawapannya."


"Ternyata mimpi itu sekali lagi datang mengusik tidur Alwi tetapi kali ini berbeza sikit kerana dalam mimpi itu sama juga ada pelangi dan tulisan jawi yang Alwi tidak faham. Tetapi turut mucul seorang lelaki tua memakai pakaian serba putih sehingga ke kaki sambil membawa tongkat berjalan ke hadapan saya. Saya kelu tidak dapat berkata apa-apa dan dia memegang kepala saya sebanyak tiga kali dan terus berlalu pergi."

"Pada hari keempat saya terus mengambil telefon dan menghubungi sahabat saya beragama Islam, tanya kepadanya apa yang saya mimpi itu dan beliau jawab dia tunggu saya keluar hospital dan akan membawa Alwi ke satu tempat."


"Pada hari ketujuh, Alwi dibenarkan keluar hospital kerana sudah beransur sihat. Sampai dirumah kira-kira pukul 11 pagi saya terus menghubungi rakan Muslim tadi untuk meminta dia menjemput saya."


"Dia datang dan bawa saya ke ke Batu Pahat di mana menuju terus ke Masjid Jamek, saya bertanya kenapa bawa saya ke sini sedangkan saya seorang Cina beragama Buddha dan saya tidak boleh masuk tempat ini."


"Sahabat saya cakap apa yang kamu mimpi itu ada di dalam sana membuatkan saya pun tergerak hati untuk masuk. Bila saya melangkah masuk ke dalam Masjid Jamek berkenaan saya lihat di dinding dan tertanya kenapa ada tulisan di dinding sama dengan tulisan yang terdapat di dalam mimpi saya."


"Alwi bertanya kepada sahabat, apa maksud tulisan itu dia jawab tulisan jawi itu bermaksud ALLAH(الله). Dia terus membawa saya ke depan untuk bertemu dengan seorang yang agak tua dan tanpa berkata lelaki tua itu terus memeluk saya dengan menyebut Subhanallah sebanyak tiga kali."


"Selepas itu, kami mula bercerita tentang mimpi saya dan saya mulai faham dan tertarik untuk mengetahui tentang agama yang baru bagi saya ini. Saya meminta izin untuk membawa isteri dan anak-anak saya datang ke masjid."



"Selepas itu, saya, isteri dan anak-anak memeluk agama Islam yang indah ini. Bagaiamanapun saya sembunyikan rahsia ini dari pengetahuan keluarga saya dan bercampur dengan mereka seperti biasa."


"Pada 28 Mei 2015 adalah hari yang amat sedih bagi saya apabila keluarga saya tahu saya memeluk Islam setelah empat tahun. Saya telah dimarah dan dipukul oleh keluarga saya dan semua surat pengesahan saya memeluk agama Islam telah diambil oleh bapa saya."


"Saya telah dihalau oleh keluarga tanpa membawa satu sen pun di tangan, sahabat saya tadi mengetahui tentang ini dan setakat termampu dia berikan saya sedikit duit dan suruh saya datang ke Kuala Lumpur."


"Dengan sedikit tambang itu, saya telah bawa isteri dan anak-anak saya ke Kuala Lumpur tetapi setelah sampai di sini saya tidak tahu hendak ke mana dengan duit poket hanya tinggal RM30. Isteri saya pula ketika itu sedang mengandung tujuh bulan dan kami buat keputusan untuk tidur di stesen bas selama lima hari."


Dengan izin Allah yang maha Esa, telah tampil seorang hamba Allah yang sudi membantu membawa kami ke Baitulmal tinggal sementar di transit, Alhamdulillah pada semua."


"Isteri saya kini sedikit kurang sihat sebab wife saya jantungnya agak lemah dan kurang vitamin tetapi dengan izin Allah, jalannya pasti ada cahaya."


"Kerana kurang sihat isteri ditahan di wad dan Alwi memohon saudara saudari untuk mendoakan kepada kami sekeluarga. Saya minta maaf sangat-sanagt kerana tidak dapat sertakan bersama surat-surat kerana belum dapat lagi. Nanti Alwi Update lagi, InsyaAllah"


Itu adalah cerita dar Alwi kepada kami. Kami cuba untuk mendapatkan makluamt lebih lanjut dan ini apa yang kami jumpai di wall Facebook Alwi.







Alwi kini masih tinggal di Baitulmal, menurutnya dia telah ditipu sebelum ini semasa di Kuala Lumpur tentang urusan kemasukan rumah sewa.

Isterinya Umi Toyihbah @ Fani yang merupakan seorang wanita kacukan Cina dan Indonesia dijangka akan melahirkan anak keempatnya itu awal bulan sembilan nanti. Alwi dan Umi telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini yang berumur 8, 3 dan satu tahun setengah.

Bersama-sama kita doakan Alwi dan keluarga kuat dan sentiasa dirahmatiNya. Alwi kuat, Allah sentiasa bersama Alwi. 
Kerana ramai yang meminta no akaun untuk bantu beliau,,sini kami sertakan

Related Posts :

0 Response to ""Biar Ayah Nampak Supaya Dia Tau Bertapa Indahnya Islam." — Alwi Bin Abdullah, Seorang Mualaf"

Post a Comment

loading...