facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ciri-ciri Suami Pilihan Mengikut Islam. Wanita Wajib Tahu!


Bercerita soal perkahwinan sudah pasti membuatkan ramai gembira. Tetapi, sebelum berlangsungnya sebuah perkahwinan, memilih calon suami yang sesuai yang betul-betul layak untuk memimpin adalah perlu diambil perhatian.
Bagi seorang wanita solehah, mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam. Di sini ada beberapa ciri-ciri yang diperlukan mengikut turutan kepentingannya. Antaranya adalah :
1. Pastikan calon itu seorang muslim sejati.
Konteks muslim di sini ialah berilmu, beriman dan beramal salih serta menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Sekiranya calon itu bukan muslim, pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah.
Allah berfirman : ” Wahai orang – orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka . ” 
( Al – Tahrim 66 : 06 )
 
2. Sikap calon suami terhadap keluarganya terutama ibu dan bapanya.
Rasulullah SAW bersabda : ” Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa . ” 
( Sahih Sunan al – Tirmizi , no : 1899 )
Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya kerana anda serta memainkan peranannya di pertengahan diantara ibu bapanya dan anda.
Sabda Rasulullah : ” Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya ( ibu ) . ” 
( Sahih Sunan al – Nasa ‘ e no : 3104 )
Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya.   
3. Ciri kepimpinan
Firman Allah yang bermaksud : ” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan . ” ( al – Nisa 4 : 36 )
Berikan calon suami satu senario, perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan, perhatikan bagaimana dia menyelesaikan. Berikan dia satu perancangan, perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah, perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya .
4. Kewangan 
Sabda Rasulullah SAW : ” Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian … mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan. ” 
( Sahih Muslim , no : 2137 )
Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan .
5. Akhlaknya
Rasulullah SAW bersabda : ” Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia ( sikap santun ) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya . ” 
( Sahih Muslim no : 2594 )
Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tegang, tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan.
Perhatikan juga akhlaknya kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan sekerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini pembaca akan dapat bezakan sama ada akhlak calon suami pembaca tulen ataupun sekadar pura-pura.

0 Response to "Ciri-ciri Suami Pilihan Mengikut Islam. Wanita Wajib Tahu!"

Post a Comment

loading...