facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Seram! Penyanyi Ini Teruskan Menyanyi Walaupun Tangan Luka Terkena Drone



enrique iglesias luka kena drone
Seram! Walaupun Tangan Penyanyi Ini Luka Terkena Drone Tetapi Tetap Meneruskan Persembahan Selama 30 Minit
Penyanyi terkenal yang berasal dari Sepanyol iaitu Enrique Iglesias mengalami detik cemas di atas pentas apabila tangan kanannya luka terkena drone.  Jarinya telah terhiris apabila dia cuba memegang drone semasa konsert di Tijuana, Mexico.
Seorang wakil untuk penyanyi itu dalam satu kenyataan kepada The Associated Press bahawa selepas kemalangan, Iglesias ‘separuh dirawat’ di tepi pentas untuk menghentikan pendarahan pada malam Sabtu. Beliau dinasihatkan untuk menamatkan persembahan tetapi dia tetap meneruskan persembahan untuk tambahan 30 minit.
Beliau dikejarkan ke lapangan terbang di mana ambulans telah menunggu beliau di sana. Beliau kemudian menaiki kapal terbang ke Los Angeles untuk berjumpa pakar.
Iglesias memuatnaik 40 keping foto di media sosial dengan darah di seluruh putih T-shirt beliau.
Penyanyi itu hanya membuat 50 minit persembahan dan di pertengahan lagu “Escape” kejadian itu berlaku.

0 Response to "Seram! Penyanyi Ini Teruskan Menyanyi Walaupun Tangan Luka Terkena Drone"

Post a Comment

loading...