Kepercayaan diberi orang ramai kepada seorang guru besar ternyata telah dikhianati apabila seorang bapa tampil membuat luahan kecewa kepada kami apabila anak lelakinya telah dicabul oleh seorang guru besar sekolahnya di sebuah sekolah di Taiping.
Menurut pengadu, anaknya telah beberapa kali dicabul oleh guru besar yang berusia 53 tahun tersebut yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh kanak-kanak berkenaan menghantar barang miliknya ke pejabat guru besar.
Gambar dibawah menunjukkan pesanan Whatapps yang dihantar oleh guru besar tersebut kepada anaknya.
Pengadu juga berharap satu tindakan yang pantas harus diambil terhadap guru besar berkenaan kerana pasti akan lebih ramai akan menjadi mangsanya jika tindakan tidak diambil terhadapnya.
Apapun laporan polis telah dibuat dan biarkan segala siasatan dilakukan oleh pihak polis.
0 Response to "Guru Besar Durjana Cabul Murid Sendiri"
Post a Comment