facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gempar! Benarkah Mr. Bean Memeluk Agama Islam?

Rowan Atkinson
Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Bean’ memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.
Sebagaimana yang dilaporkan dari laman web antarabangsa sadabladi.com.  Mr Bean memberitahu bahawa beliau mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam setelah ‘menonton’ filem fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim”
Apabila ditanya oleh pihak media, beliau tidak banyak meluahkan sebarang pendapat, hanya mampu tersenyum sambil menunjukkan jari sebagai tanda bersyahadat.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing dan memberi segala pendedahan mengenai agama Islam kepada Mr Bean.
Sememangnya Mr Bean adalah seorang legenda pelawak yang terkenal seluruh dunia dengan gayanya yang bersahaja dan tidak banyak bercakap di dalam setiap persembahannya.
Media-media Massa Inggeris tidak banyak menceritakan mengenai hal ini . Namun sebahagian media Arab sudah menyiarkan berita pelawak terkenal dunia ini telah memeluk agama Islam.



p/s;
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. Dan khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.
Kita nantikan sahaja berita penuh sensasi ini. Jika benar ia berlaku, maka seluruh industri hiburan barat bakal terkesima dengan berita ini.
Jika benarlah seperti apa yang dilaporkan oleh media berkenaan, Alhamdulilah dan syukur diucapkan,maka makin bertambahlah umat nabi Muhammad S.A.W

0 Response to "Gempar! Benarkah Mr. Bean Memeluk Agama Islam?"

Post a Comment

loading...