facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Cara Mudah Untuk Bangun Pagi Dengan Mood Yang Baik



Bukan mudah untuk mengubah individu untuk bangun di awal pagi, lebih-lebih lagi jika mereka seorang yang gemar berjaga tengah malam seperti burung hantu.
Tetapi, ada beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan mood yang baik untuk bangun di waktu pagi.
Percaya tak, mood anda ketika bangun diwaktu pagi mempunyai kaitan dengan tidur anda?
Kesimpulannya, tidur yang baik membantu untuk mendapatkan mood yang baik diwaktu pagi.
Pasti anda inginkan gaya hidup yang baik setiap hari. Caranya ialah dengan mendapatkan mood yang baik apabila terjaga diwaktu pagi.
Jom cuba cara mudah untuk bangun dari tidur dalam keadaan mood yang baik!
Tidur awal
snooze-button
Anda tidak akan bangun dengan gembira, jika anda tidak mendapat tidur yang cukup . The National Sleep Foundation mengesyorkan, golongan dewasa yang berumur di antara 18 hingga 64 tahun perlu mendapatkan tidur yang cukup di antara 7 hingga 9 jam setiap malam . Ia juga penting untuk mendapatkan tidur yang baik , jadi hadkan pengambilan kafein pada waktu petang dan mengehadkan waktu menonton televisyen , memeriksa e-mel, dan lain-lain ketika waktu anda hendak tidur.
Tutup semua gajet anda sebelum masuk tidur
article-2577824-1C2D266B00000578-36_634x499
Menurut National Sleep Foundation , cahaya dan ketiadaan cahaya adalah petunjuk penting untuk otak kita, bila kita harus tidur dan bila kita harus berjaga. Kajian menunjukkan bahawa cahaya yang dipancarkan dari peranti elektronik , termasuk televisyen , tablet, dan telefon bimbit , mampu mengganggu waktu tidur anda. Jadi simpan semua gajet anda satu jam sebelum anda masuk tidur , dan gantikan dengan buku kegemaran anda. Anda akan mendapat tidur yang lebih baik dan juga dapat bangun dengan mood yang baik.
Bangun pada waktu yang sama setiap hari
Sleeping
Bangun awal di hari biasa dan lewat pada hujung minggu boleh menyumbang kepada mood yang tidak baik diwaktu pagi . Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut, anda harus cuba untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari . Jika anda tidur lewat juga, pastikan anda mengambil satu jam tambahan daripada waktu sebenar anda terjaga supaya anda tidak ‘bad mood’.
Bersenam
exercise-stretch
Terdapat banyak sebab untuk bersenam, tetapi satu sebab yang penting adalah bahawa, anda akan mendapat bangun tidur yang lebih baik.Kajian mendapati, bahawa mereka yang bersenam sekurang-kurangnya dua jam seminggu mempunyai kualiti tidur yang lebih baik , tidur dengan lebih mudah, dan kurang letih di siang hari jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersenam.
Dapatkan kopi apabila bangun pagi
3083584491_92429932ea
Kajian mendapati bahawa aroma kopi mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif daripada tekanan yang berkaitan dengan kurang tidur . Anda kini boleh membeli mesin kopi yang boleh diprogramkan secara automatik . Oleh itu , anda boleh mendapatkan kopi apabila anda bangun pagi. Siapa yang tidak sukakan kopi? Cubala. Memang berkesan!

0 Response to "Cara Mudah Untuk Bangun Pagi Dengan Mood Yang Baik"

Post a Comment

loading...