facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Penuh Istiadat Diraja Dan Serba Mewah



Istiadat Persandingan Diraja anak Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah, telah berlangsung semalam, mengikut penuh instiadat diraja dan cukup meriah.
12
Selaku putera kepada pemegang status Raja Terkaya Di Dunia, majlis perkahwinan pasangan ini, berlangsung selama tujuh hari tujuh malam dan diadakan dengan penuh gilang gemilang.
14
Dihiasi perhiasan emas dan permata, majlis tersebut diadakan di Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan.
Pasangan Diraja, Pengiran Muda Abdul Malik, 31, selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya, Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.
Putera Abdul Malik adalah anakanda keenam Sultan Hasanal melalui perkahwinan Baginda dengan Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Memetik laporan Daily Mail, istiadat itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.
2
Kedua-dua mempelai menyarung baju berwarna emas yang turut dihiasi permata, manakala pengantin perempuan memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen.
Bukan itu sahaja, pelamin pasangan Diraja ini juga turut diperbuat daripada emas.
6
Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata dan juga gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.
8135317181610911

0 Response to "Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Penuh Istiadat Diraja Dan Serba Mewah"

Post a Comment

loading...