facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Fakta Menarik Mengenai Zayn Malik yang Ramai Tak Tahu



10 Fakta Menarik Tentang Zayn Malik, Bekas Anggota One Direction | Keputusan Zayn Malik yang nekad meninggalkan kumpulan boy band terkenal dunia, One Direction masih lagi menjadi topik yang cukup hangat di laman media sosial.

Lebih mengejutkan para peminat bertikam lidah menerusi Twitter dan Facebook dengan pendapat masing-masing.

Malah dek kerana keputusan Zayn untuk tidak lagi bersama One Direction membuatkan hashtag #alwaysinourheartsZaynMalik menjadi trending di Twitter sepanjang dua hari.

Jejak berusia 22 tahun ini meninggalkan One Direction kerana mahu menjalani kehidupan normal seperti remaja lain selain tidak mahu dibayangi dengan kontroversi atau tekanan hidup.

Di sini kami kongsikan sedikit beberapa fakta menarik mengenai Zayn khas buat para peminatnya diluar sana.


1- Nama sebenar Zayn Malik ialah Zain Javadd Malik Bin Yaser Malik, dilahirkan pada 12 Januari 1993. Zayn bermaksud cantik manakala Malik bersama raja dalam bahasa Arab

2- Zayn berketurunan Pakistan dan beragama Islam.

3- Merupakan peminat setia Manchester United FC, FC Barcelona serta pasukan kriket kebangsaan Pakistan

4- Antara kereta mewah yang dimiliki oleh Zayn Malik ialah sebuah Bentley Continental GT, jenis kereta yang sama dimiliki oleh David Beckham dan Nicky Minaj

5- Zayn kini bergelar tunangan orang, dimana tunangnya ialah anggota kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Sebelum ini dia pernah menjalani Rebecca Ferguson. Ironinya, kedua-dua wanita ini adalah bekas peserta X-Factor sepertimana Zayn sendiri

6- Zayn mula mencipta populariti selepas dia menyertai X-Factor pada 2010, tapi tahukah anda, Zayn pernah menyertai ujibakat X-Factor pada 2009 tapi tidak terpilih

7- Antara faktor yang menyebabkan Zayn menyerlah berbanding anggota One Direction lain ialah kerana imej budak nakalnya yang sering mencetuskan kontroversi, memenuhkan badan dengan tattoo serta imej rambut ala-ala rockstar

8- Cita-cita Zayn jika tidak menjadi anggota One Direction ialah menjadi guru bahasa Inggeris

9- Zayn pernah dituduh gay apabila sebuah foto dia bercium dengan ahli kumpulannya, Harry tersebar namun dia menafikan khabar itu dan menyatakan gambar itu adalah manipulasi photoshop

10- Tunang Zayn, Perrie Edwards dituduh sebagai punca Zayn menarik diri dari One Direction dan ada peminat yang menyatakan bahawa Perrie adalah seperti Yoko Ono, isteri kepada John Lennon yang dikatakan punca kejatuhan kumpulan The Beatles.

0 Response to "Fakta Menarik Mengenai Zayn Malik yang Ramai Tak Tahu"

Post a Comment

loading...