facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

CINTA SUCI: Abati dan Bonda terus BerCinta...


  



Ini kisah mereka.. 
kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   

Katanya ..Bonda dan abati berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata bonda, ketika itu bonda sedang menuruni tangga, dan terpandang Abati . Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Bonda muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut.Bonda mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. 
        
        Bonda pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, Bonda senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, Bonda akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk Bonda, yang Bonda istikharah ke atasnya. Dan kata Bonda..   "Bonda mimpi Bonda pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi Bonda pelik.. kenapa baju pengantin Bonda tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan Abati  datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, Bonda bergantung harap. Bonda sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Bonda lihat..   "Bonda sembahyang,. Bonda solat.. dan abati.. abati yang menjadi imam.. abati yang menjadi pemimpin.."   Cerita Bonda sambil tersenyum..  
         
        Dengan redha, Bonda menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat Bonda pada abati semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan Bonda pada abati, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Bonda selalu cerita tentang kenangan manisnya..  
          
        Dulu, ketika Bonda mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, Bonda pernah teringin untuk makan buah, dan Abati  belikan 2 bekas besar khas untuk Bonda. Ketika Bonda dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abati hadir dengan satu jug besar. Cerita Bonda sambil tersenyum.   Dan begitulah abati, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup Bonda senantiasa bersama Abati . Bonda kadang-kadang sakit. 
        
        Pernah Bonda pengsan dua kali. Pernah Bonda memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abati pangku Bonda, dan Abati menangis. Aku sebak melihat Abati menangis. Dan aku tak pernah melihat Abati menangis seperti itu sebelum ini. Dan Abati, benar-benar menjaga Bonda dengan sepenuh jiwa dan raga.   
         
        Cerita Bonda..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, Abati masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Bonda risau.   Dan kelihatan Abati..   "Abang ke mana? Risaunya Ija.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk Ija.." kata Abati sambil tersenyum.   Bonda terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan Abati sanggup buat untuk Bonda.   Abati dan Bonda selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada Ija.."   "Isk, Ija tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan Abati hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. 
       
       Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan Abati dan Bonda selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah Bonda tanya,   "Abang suka Ija marah-marah, tapi sihat ke.. atau Ija diam, tapi Ija sakit.."   "Tentulah abang suka Ija sihat, walaupun marah-marah.." jawab Abati..   Dan bila Bonda teringinkan sesuatu, Abati akan usaha membahagiakan Bonda. Abati seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan Abati selalu membanggakan Bonda.   Ke mana Bonda pergi, Bonda bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ija dapat suami macam tu.."   
          
        Bonda gembira.   Kadang-kadang Bonda pening kepala. Abati akan belai kepala Bonda. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan Bonda..   Pernah Bonda berkata..   "Abati terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan Bonda penah terfikir, jika Abati mengimpikan untuk berkahwin baru. Bonda akan izinkan, Bonda akan benarkan.. Abati terlalu baik, dan Bonda senantiasa inginkan kebahagiaan Abati .."   Dan Abati selalu membanggakan , hingga saat terakhir. Hingga Abati kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..  
            
        Abati membanggakan Bonda dengan senyuman manisnya walaupun Abati sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abati membanggakan Bonda dengan pujian sahabat Abati kepada jenazah.   Bonda sedih, terlalu sedih. Bonda peluk dan belai Abati.   Ketika tangisan Bonda mereda. Bonda berkata..   "Senyuman Abati sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik Bonda.."   Bonda seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Bonda menahan sambil menangis.   "Jangan suap Bonda, Bonda akan teringatkan Abati.."   Bonda tak boleh mendengar deringan telefon.   "Bonda berharap sangat yang telefon tu Abati.." Bonda terus menangis.. 
           
         Sebentar Bonda tersenyum.   "Abati terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara Abati yang tak sedap.. Itupun Bonda rindukan sangat suara tu..." ujar Bonda..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, Bonda perlu kuat kan? Sebab Abati dah pergi dengan baik sangat. Jadi Bonda kena gembira. Bonda kena gembira bila Abati gembira.Abati, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali.
        
        Bonda juga nak jadi macam Abati. Mesti Abati dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak Abati ingatkan Bonda lagi tak?.. "   Bonda terus tersenyum.   "Bonda nak buat ibadah banyak-banyak.. Bonda nak jadi macam Abati.. Bonda nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. Bonda nak jadi ketua bidadari untuk Abati di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...    


Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka...

0 Response to "CINTA SUCI: Abati dan Bonda terus BerCinta..."

Post a Comment

loading...